Lumrah dan natijah kehidupan....sifat dan hati manusia tak boleh kita anggar...tak boleh kite jangka...kadang2 di luar jangkaan...di luar akal dan fikiran untuk kita tafsirkan...tapi apa pun nak dikata...harus kita berdepan dan bersedia dengan keadaan2 begini...kadangkala perkara kecil boleh meletuskan suatu perbalahan yang tak diduga...itulah hati manusia...namun sebagai manusia biasa...kita perlu bersabar dan redha dengan setiap kerenah yang datang...mungkin kita tidak sedar..adakala itu satu dari ujian yang Allah datangkan untuk menguji hambanya...kerana ujian sebegitulah yang akan mematangkan dan mendewasakan akal fikiran manusia..
Alhamdulillah...aku telah acapkali diuji dengan keadaan sebegitu...namun syukur padamu...fikiranku masih waras dan cekal dalam menghadapi cubaan yang Kau beri...terima kasih padaMu kerana memberikanku peluang sebagai hambamu untuk sentiasa diuji olehMu kerana manusia yang sering diuji itu adalah manusia yang disayangi olehMu..dan Kau tahu hambamu yang layak untuk diuji...ini bermakna aku masih lagi di dalam lorong cahaya mu kerana dengan cubaan yang Kau beri..sentiasa mengingatkan aku padaMu...
Dalam kehidupan...kita tidak boleh sentiasa menjangkakan sesuatu yang indah..kerana kadangkala yang datang itu lebih sakit dan lebih perit dari apa yang kita impikan...hanya kecekalan dan ketabahan hati menjadi ubat paling mujarab yang boleh kita gunakan sebagai pedoman...Istigfar dan Selawat menjadi penawar paling berkesan...hidup tak selalunya indah...macam langit yang tak selalunya cerah...itu prinsip yang perlu ada dalam fikiran...jangan terlalu berharap dengan apa yang ada itu akan selalunya baik...perlu juga beringat bahawa ada masanya kita akan berhadapan dengan kegelapan dan kekalutan...Alhamdulillah...syukur padamu...aku masih lagi tergolong dalam manusia yang terdidik dengan kesusahan sejak kecil...Insyaallah..apa yang datang dapat ku hadapi dengan hati yang tenang...hanya pada Yan Satu tempat ku bersujud dan memohon...agar keimana dan kecekalan diri ini terus tertanam dalam hati...amin...

No comments:
Post a Comment